Newsflash

Salon Operating Hours

We have adjusted our operating hours to suit your needs better. Please call early to fix an appointment to avoid dissapointment.
Kami telah mengubah waktu operasi kami agar dapat memenuhi keperluan anda dengan lebih baik. Sila telefon lebih awal untuk membuat temujanji di salon untuk mendapatkan slot yang anda inginkan. 

 

New Salon Operating Hours / Waktu Operasi Salon Yang Baru:

Monday - Friday / Isnin - Jumaat : 10.00am - 6.00pm
 
Saturday / Sabtu : 10.00am - 6.30pm

Sunday and Public Holiday / Ahad dan Cuti Umum : Closed / Tutup

Please make your booking early especially for Friday and Saturday.
Sila buat tempahan awal terutama pada hari Jumaat dan Sabtu.

New Office Working Hours / Waktu Pejabat Yang Baru:

Monday to Friday/ Isnin - Jumaat : 9.30am - 5.30pm

Saturday / Sabtu : 9.30am - 6.30pm

Sunday and Public Holiday / Ahad dan Cuti Umum : Closed / Tutup

Featured Products

RM65.00



RM20.00



RM48.00



RM60.00



Latar belakang Syarikat PDF Print E-mail

RIZRENI Health and Beauty mula beroperasi pada April 2000 dan merupakan syarikat yang dimilki 100% Bumiputra. Ianya diasaskan oleh Pengarah Urusan Puan Norizah Yahaya. Dr Mohd Shahimi Mustapha pula adalah Pengarah Eksekutif dan Penasihat syarikat untuk produk dan perkhidmatan.

Syarikat kami mengedar dan memasarkan rangkaian produk kecantikan dan kesihatan serta mengendalikan operasi salon kecantikan yang menawarkan pakej rawatan menggunakan produk kami sendiri. Produk Riz:reni boleh didapati terus daripada syarikat dan salon kami serta daripada wakil-wakil jualan terlantik seluruh negara. Kami juga menerima pesanan melalui Internet.

 

Produk kami dipasarkan di bawah jenama ‘Riz:reni’ yang merupakan cap dagangan berdaftar. Kejayaan produk RIZRENI Health and Beauty membolehkan syarikat membuka kilangnya sendiri dan ianya dikendalikan oleh Actanpac Sdn Bhd. Kilang tersebut berfungsi sebagai lokasi untuk merumus dan membuat formulasi produk, mengilang, membungkus dan membekal kepada RIZRENI Health and Beauty. Actanpac juga menawarkan khidmat mengilang secara kontrak kepada syarikat-syarikat lain. Kilang ini terletak di Taman Bolton, Batu Caves dan telah mendapat perlesenan sebagai kilang bertaraf ASEAN GMP kosmetik pada tahun 2005 dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Semua produk kecantikan yang dikeluarkan oleh Actanpac dan diedarkan oleh RIZRENI Health and Beauty didaftarkan dengan Agensi Kawalan Dadah (DCA), Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua produk juga disahkan HALAL oleh JAKIM.

Produk kesihatan yang diedarkan oleh RIZRENI dikeluarkan oleh syarikat afiliat kami yang didaftarkan di bawah nama DMesra Jaya Teknologi. Syarikat ini mengeluarkan makanan kesihatan seperti minuman campuran BeauTea Colostrum. Kami percaya kecantikan tidaklah penting pada luarannya sahaja, malah kesihatan badan yang menyeluruh penting untuk mendapatkan kulit yang sihat. Produk keluaran DMesra disahkan HALAL oleh JAKIM.

 

Sehingga kini, Riz:reni mempunyai rangkaian stokis di seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.


Latar Belakang Pengarah Urusan

Puan Norizah Yahaya
norizahinred copy

 

  • Accreditated Trainer, PSMB
  • Diploma In Management Studies, UTM
  • Diploma In Body And Facial Beauty Treatment The Beauty Training Centre, K. Lumpur, 1996
  • Sijil Pengiktirafan Juru Terapi Kecantikan dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Mengendali kursus dan seminar, bengkel penjagaan kecantikan dan kesihatan di seluruh negara, Singapura dan Brunei dari tahun 1996 sehingga sekarang
  • Menjadi pengadil jemputan pertandingan mengandam di sekitar Kuala Lumpur dari tahun 1996-1998
  • Di Kuching, anjuran DUBS Wanita, 1997
  • Menyumbang kepada satu ruangan tetap di akhbar (soal jawab kecantikan dan kesihatan)
  • Menjadi penceramah jemputan tentang ketrampilan untuk Puspanita di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
  • Mengatur program dan memberi motivasi dalam bidang kecantikan kepada syarikat-syarikat lain seperti :-
    -  Total Healing
    -  Liza Series Sdn Bhd
    -  Global Marketing Industry

 Latar Belakang Pengarah Eksekutif / Penasihat

 Dr Mohd Shahimi Mustapha                   

 

  • Memperoleh ijazah pertama dalam bidang Farmasi pada tahun 1972, di Baghdad, Iraq
  • Pada tahun 1974 pula memperolehi ijazah Sarjana, di Universiti of Wales, United Kingdom
  • Bumiputera pertama yang memperolehi ijazah kedoktoran dalam bidang Farmakologi pada tahun 1976, di University of Wales, United Kingdom
  • Bekas pensyarah Farmakologi di Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan, di Universiti Kebangsaan Malaysia selama 20 tahun.
  • Mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang mengkaji selidik ubatan tradisional.
  • Penulisan saintifik dalam bentuk abstrak persidangan dan jurnal saintifik melebihi 50 judul.
  • Juga telah menerbitkan 2 buah buku dan kamus perubatan bersama rakan-rakannya.
  • Pernah dilantik sebagai ahli jawatankuasa WHO (World Health Organisation) untuk mengkaji selidik tumbuh-tumbuhan beracun.
  • Penasihat Persatuan Ubat Tradisional Melayu (PURBATAMA)
  • Kini Pensyarah dan Ketua Jabatan Farmasi, Lincoln University College, Kuala Lumpur